top of page

MY ARTICLES

Search
Writer's pictureSengal Tulang Channel

Apa itu Kod Hasad?


Apa itu Kod Hasad?


Kod Hasad

Kod Hasad berkelakuan dalam cara yang tidak dijangkakan oleh pereka bentuknya dan penggunanya, tetapi berkelakuan sepertimana yang dijangka oleh pengaturcaranya. Kod Hasad boleh meliputi suatu aturcara, sebahagian aturcara atau salah satu aturcara yang berkembar dengan atur cara lain yang normal. Apabila program yang normal dijalankan, program kod hasad turut dilaksanakan dan kesan kod hasad juga berlaku. Antara kesan kod hasad adalah untuk menghentikan aturcara yang dijalankan atau memadamkan fail yang disimpan didalam cakera.


Terdapat pelbagai jenis kod hasad. Di antaranya ialah :-

• Kuda Trojan

• Virus

• Cecacing

• Bom Logik

• Cookies

Kuda Trojan

Kuda Trojan adalah suatu fungsi tersembunyi dalam perisian untuk menyalin atau memusnahkan fail dalam hos. Ia adalah suatu kod hasad yang mempunyai kesan utama yang boleh dilihat tetapi ada juga kesan hasad yang tidak jelas dilihat. Kuda Trojan dihantar bersama e-mail menyamar sebagai suatu perisian yang sah. Contohnya adalah skrip log masuk ataurcara Kuda Trojan. Aturcara ini seperti skrin log masuk sebenar yang membolehkan pengguna masukkan nama dan kata laluan mereka dalam skrin ini.

Setelah proses pengesahan, nama pengguna dan kata laluan dihantar ke sistem dan pengguna dibenarkan menggunakan sistem tersebut. Walaubagaimanapun satu salinan nama pengguna disimpan dalam sistem lain bagi kegunaan hasad. Tiada tanda ini telah berlaku dan komputer itu telah berada dibawah kawalan pengodam dan dengan mudahnya menjadikan komputer itu satu mesin zombie. Di bawah kawalan program haram itu, dengan mudahnya Kuda Trojan itu boleh dimasukki penggodam lantas merasuk pelayan , contoh paling biasa ialah peranti pemacu CD-ROM buka dan tutup dengan sendirinya.



Virus

Virus komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam dalam salah sebuah perisian atau atucara. Virus adalah suatu aturcara yang boleh menyebarkan kod hasadnya kepada aturcara normal dengan mengubahsuai aturcara tersebut. Ia boleh menyerang aturcara yang terdapat pada sebarang platform komputer. Ianya direka bentuk untuk menyebar atau menyalin dirinya ke dalam aturcara lain. Ia memerlukan bantuan manusia sepenuhnya untuk merebak daripada satu komputer ke komputer lain seperti menyalin fail daripada satu disket yang dijangkiti virus. Perkataan virus digunakan kerana kelakuanya sama dengan virus biologi. Tidak terdapat virus yang berfaedah.


Mengikut rekod virus komputer telah dicipta pada tahun 1985 oleh dua orang adik-berdik iaitu Anjal dan Basit dari Pakistan bertujuan melindungi perisian yang mereka cipta dari ditiru atau disalin oleh orang lain.

Virus terkini yang mengancam sistem rangkaian ialah Parite,Win32.Parite.

Mula dikesan pada 7.2.2003, virus tersebut ditanam dalam Borland C++. Bila fail yang dijangkiti dihantar, virus tersebut akan disimpan dalam fail sementara dan procedur jangkitan bermula. Virus ini mencari fail-fail dengan sambungan .scr dan .exe dalam semua pemacu logik komputer dan juga sumber kongsian dari rangkaian tempatan dan menjangkitinya.


Cecacing

Cecacing adalah suatu aturcara yang merebakkan salinannya sendiri melalui rangkaian komputer sahaja dan meninggalkan kesan pada laluannya. Ianya direka bentuk untuk menyalin dirinya daripada satu komputer kepada komputer lain atas rangkaian (contohnya menggunakan e-mail) dan tidak perlu bantuan manusia untuk merebaknya, bermaksud ia tidak boleh melekat pada aturcara lain dan tidak boleh mengubah aturcara tersebut.


Bom Logik

Bom logik ialah aturcara yang aktif setelah keadaan tertentu berlaku seperti pada masa, tarikh atau keadaan . Satu kod (virus) dimasukkan ke dalam perisian komputer untuk membinasa perisian tersebut setelah beberapa kali digunakan. Perbuatan menggunakan bomb logik untuk memusnahkan suatu perisian telah dibuat oleh para pekerja yang tidak berpuas hati dengan majikan. Bom logik ini juga digunakan oleh pembangun perisian supaya pengguna perisiannya membayar wang ugutan pada masa yang ditetapkan. Seteleh membayar barulah pengguna tersebut diberitahu cara mematikan bom.


Cookies

Cookies ialah suatu data yang dihantar kepada pelayar web daripada pelayan web contohnya dari pelayan web ‘Pink Sofa'. Data ini bukanlah satu kod maka ia tidak mengandungi virus. Suatu cookies tidak boleh digunakan untuk mendapatkan data dari mana-mana sistem. Cookies membenarkan penggunaan laman web e-perdagangan.

Cookies tidak boleh merosakkam pemacu keras (hard drive) kerana ia bukannya satu fail, maupun satu program. Cookies adalah suatu teknologi yang membenarkan laman web menyimpan maklumat, kemudian mendapatkannya semula pada masa yang lain.


697 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page