top of page

MY ARTICLES

Search

Persekitaran Kod Arahan

  • Writer: Sengal Tulang Channel
    Sengal Tulang Channel
  • Dec 26, 2018
  • 1 min read


Persekitaran Kod Arahan


Kod arahan ialah satu arahan yang ditulis dalam bahasa komputer unluk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugasan. Satu set kod arahan yang disebut segmen kod digunakan untuk membina satu atur cara bagi menyelesaikan masalah. Bahasa komputer terdiri daripada bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh pengatur cara bagi menulis kod arahan. Bahasa pengaturcaraan yang telah dipelajari termasuklah Scratch dan HTML.


Dalam artikel ini, anda akan diperkenalkan dengan bahasa pengaturcaraan Python yang mempunyai banyak persamaan dengan Scratch. Dalam pengaturcaraan Python, murid perlu menulis kod-kod yang mudah difahami.


Persekitaran kod arahan merujuk kepada persediaan terhadap peralatan dan perisian yang diperlukan untuk menulis kod arahan. Oleh yang demikian, persekitaran kod arahan merujuk kepada perkakasan komputer, sambungan kepada Internet, pelayar web dan perisian aplikasi bahasa pengaturcaraan yang diperlukan untuk pembangunan atur cara, penterjemahan dan pelaksanaan atur cara.


Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai penterjemah tersendiri. Semasa pelaksanaan atur cara, kod arahan akan menjalani pengalihan kepada bahasa mesin yang boleh difahami oleh komputer. Terdapat tiga jenis penterjemah, iaitu penghimpun (assembly), pengkompil (compiler) dan pentafsir (interpreter).

 
 
 

Kommentare


Faculty of Education

University of Malaya

  • Facebook Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Google+ Social Icon

© 2018 by Sengal Tulang Channel. Proudly created with Wix.com

logo fp.jpg
bottom of page